.
“Kita berdakwah, orang meludah. Kita tarbiyah, orang menyampah. Jangan mengalah. Kita seorang khalifah & kita ada Allah.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 May 2013

Pengalaman Braces/Pendakap Gigi : Cabut Gigi (I)

Assalamualaikum dah Hi. Dulu dah pernah buat entry pasal braces. Tapi delete. Tak tau kenape tangan nak delete. Ikut je la cakap tangan. Semua dah sedia tau. Yang rakyat malaysia sememangnya takut nak pergi klinik gigi. Lagi lagi bile tengok Nurse. Macam Nurse tu harimau yang akan makan korang. Perghh. kuat imaginasi rakyat malaysia!

Disebabkan ramai yang req suruh buat entry tentang pengalaman ni. Awal-awal aku nak cakap, Aku lebih selesa menggunakan perkataan 'Aku' . Lantak ah nak cakap aku ni tak girlish ke tiada sifat kepempuanan ke ganas ke. Don't judge me kalau tak tau aku ni macam mana.

Dan awal awal jugak aku nak cakap yang aku belum pakai lagi. Dalam due minggu lagi pakai insya-ALLAH. Sebab doktor pakar Orthodontic ade call aku 2 hari lepas. Suruh aku pergi klinik pasang braces hari ahad, Pagi. Tapi, kebetulan, aku exam hari ahad. Jadi aku kene tunda minggu depan maybe (tak ditetapkan lagi) 

Okay, aku nak fokus dengan kesakitan yang aku rasa. Kalau nak bincang pasal harga memang semua pengsan lah. Harga dari 3 ribu - 7 ribu (swasta). Aku punyew pakai dekat kerajaan. Dalam RM1000 gitu. Kalau pakai atas bawah. Pakai atas saja atau bawah saja kurang sikit harga. Tapi, bile pakai dekat klinik kerajaan. Masa menunggu paling kurang 5 bulan menunggu. Paling lama 3 tahun. Aku dalam 7 bulan kot (malas nak kira) Aku buat appoinment pertama masa bulan 6 hingga sekarang masih tak pakai. Berape bulan eh? 

 Setakat ni, aku rasa dalam 5 or 4 jenis kesakitan la. Belum pakai lagi, Korang dah akan rasa keseksaan nya. Dan anda akan menyesal. Tapi, nak buat macam mane, dah terjebak dalam dunia Gigi besi. Kene teruskan lah.  Aku akan cite pasal Cabut gigi. entry seterusnye, Sperator.

CABUT GIGI?!?! haa^^ cabut gigi sambil buat muke troll. Ini lah yang korang akan hadapi. Paling banyak cabut gigi 4 batang. Izzah kene 3 batang. 5% orang je yang tak kena cabut gigi masa buat braces. Tapi aku kene jugak. Memang sakit sangad la. Masa inject tu lebih lebih sakitnya. Masa cabut tak pulak sakit mane. Mase injection, Air mata aku mengalir. 6 kali aku kene injection. 1 batang gigi = 2 suntikan. Suntik kat gusii whoaaaa. Nurse tak cabut sekaligus. Kalau sekaligus tak ke mati aku kat klinik tu.. Boley mandi mayat aku kat situ terus hahaha :/

Entry seterusnya akan beralih ke Kesakitan : Sperator (sejenis getah berwarna biru diletakkan di celah gigi)

No comments: